Khamis, 21 Ogos 2014

BERTEMU SEMULA

Saudara/i yang dirahmati Allah SWT sekalian. Mulai sekarang saya akan menulis semula blog ini. Semoga diberi kekuatan oleh Allah SWT.

SAYA MINTA MAAF KERANA TIDAK BERKESEMPATAN UNTUK MENULIS DI DALAM BLOG INI BUAT KESEKIAN LAMANYA.

Masa berubah dan banyak idea baru yang ingin saya sampaikan.

BAGAIMANA MENCAPAI CITA-CITA BESAR ANDA


  • Tetapkan apa cita-cita besar anda itu.
  • Cita-cita anda mesti tepat (spesifik), bukan terlalu umum. Misalnya bercita-cita untuk memiliki sebuah kereta baru itu terlalu umum. Anda mesti bercita-cita untuk memiliki sebuah kereta jenis apa? berapa cc? model apa? dan dalam masa berapa lama untuk mendapatkannya?
  • Sentiasa bayangkan dalam minda anda.
  • Tuliskan di dinding, atas fail, jadikan wall paper, dll.
  • Cungkil seberapa banyak manfaat yang akan anda dapat daripada cita-cita itu.
  • Apa kemungkinan mudarat yang akan anda terima.
  • Berapa lama anda akan mencapainya.
  • Sebelum berjaya mencapainya anda mesti berupaya untuk mencapai sebahagian keperluan asas untuk mendapatkannya. Misalnya jika anda bercita-cita untuk mendapat 12A dalam peperiksaan SPM, anda mestilah terlebih dahulu mendapat sekurang-kurangnya 5A dalam ujian pertengahan tahun dan 8A dalam ujian percubaan.
  • Bakar semangat.
  • Yakinlah tidak ada yang mustahil dalam dunia ini. Buktinya orang lain yang dulu setara dengan anda pun berjaya memilikinya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan